Temp files

Pusat Sukan UniMAP

  • Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019
    Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019

    Pasukan Catur UniMAP

  • Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019
    Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019

    Pasukan Bola Jaring UniMAP

  • Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019
    Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019

    Pasukan Bola Sepak UniMAP

  • Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019
    Karnival Sukan Kakitangan Akademik IPT 2019

    Pasukan Ping Pong UniMAP

  • Perbincangan Pembangunan Sukan Woodball Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
    Perbincangan Pembangunan Sukan Woodball Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi

    Pengarah Pusat Sukan bersama Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi

Upcoming Event

KEJOHANAN SUKAN ANTARA STAF UniMAP 2017 (SUKAS) 15 MAC 2017 KOMPLEKS SUKAN SYED SIRAJUDDIN AREEB PUTRA

1.    PENDAHULUAN

Dalam sesebuah universiti, sukan merupakan salah satu agenda yang tidak kurang hebatnya penting di UniMAP. Sukan ini bukan sahaja dilihat untuk pelajar  malah juga dikalangan staf yang telah banyak membangunkan nama UniMAP dalam arena sukan. Buat kali ke sembilan (9) berturut-turut bermula dari tahun 2007, UniMAP telah menjadi johan di SUKUM. Bagi meneruskan kesinambungan pencapaian cemerlang ini, Pusat Sukan UniMAP akan memperkenalkan kejohanan sukan antara staf peringkat UniMAP demi untuk menjaga dan membentuk staf agar sentiasa bersedia untuk bertanding dengan adanya sistem yang lebih bersistematik. Malah dapat mempelajari teknik serta taktik sesuatu permainan dengan lebih mendalam agar lebih mahir.

Kejohanan Sukan Staf UniMAP 2017 adalah kejohanan yang dijangka akan mencungkil bakat-bakat baru dikalangan staf yang sedia ada untuk menguatkan kontigen UniMAP yang akan mempertahankan kejuaraan SUKUM 2017 buat kali ke 10 berturut-turut.

 

2.    OBJEKTIF KEJOHANAN

 

2.1              Menggalakkan staf UniMAP beriadah.

2.2              Mencungkil bakat-bakat sukan yang baru dikalangan staf.

2.3              Mengeratkan silaturrahim dikalangan staf.          

2.4              Menggalakkan pembangunan sukan di universiti.

 

3.    PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

Penyertaan adalah melibatkan semua staf UniMAP. Staf UniMAP akan dibahagikan kepada lima (5) pasukan. Pembahagian ahli pasukan akan dilakukan bedasarkan nombor staf.

·      Pasukan A - staf yang nombor staf mereka berakhir dengan angka 0 dan 9

·      Pasukan B - staf yang nombor staf mereka berakhir dengan angka 1 dan 8

·      Pasukan C - staf yang nombor staf mereka berakhir dengan angka 2 dan 7

·      Pasukan D - staf yang nombor staf mereka berakhir dengan angka 3 dan 6

·      Pasukan E - staf yang nombor staf mereka berakhir dengan angka 4 dan 5

Ketua setiap pasukan akan dilantik, dan akan bertanggungjawab dalam membuat persiapan bagi pasukannya untuk pertandingan.

Diantara sukan yang akan dipertandingkan ialah :-

-          Bolasepak

-          Sepak Takraw

-          Bola Tampar (L/W)

-          Bola Jaring

-          Badminton

-          Petanque

-          Tenis

-          Woodball

Format pertandingan akan ditentukan oleh pihak Pusat Sukan.

Setiap perlawanan untuk semua sukan akan diadakan secara "round robin" dan akan bermain pada setiap hari senamrobik iaitu hari rabu bermula jam 5.30 ptg.

 

4.    TEMPAT DAN TARIKH

Cadangan tempat dan tarikh adalah seperti berikut :-

a) Tempat       :-          Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra

b) Tarikh        :-          Setiap Hari Rabu, sebanyak 10 kali.

 

Bermula 15 Mac 2017 hingga 3 Mei 2017