Temp files

Pusat Sukan UniMAP

Piagam Pelanggan

  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  • Memastikan pengurusan kejohanan dikendalikan dengan berkualiti.
  • Menawarkan aktiviti sukan yang berkualiti.
  • Memberikan khidmat latihan sukan yang terbaik.
  • Menyediakan perkhidmatan kemudahan dan peralatan sukan yang terbaik.
  • Berazam untuk mempercepatkan segala proses tempahan kemudahan sukan(gelanggang, padang dan dewan).
  • Memastikan semua kakitangan Pusat Sukan mementingkan kerja yang berkualiti.
  • Sedia menerima aduan kerosakan atau ketidakpuashatian pelanggan.
  • Membudayakan sukan di kalangan warga kampus.

BACKGROUND

LATAR BELAKANG

Sejak UniMAP ditubuhkan (dahulu dikenali sebagai KUKUM), Pusat Sukan yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Sukan telah diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Bermula pada 1 Februari 2009, Unit Sukan telah dinaikkan taraf menjadi sebuah Pusat dan diletakkan di bawah Jabatan Canselori, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dengan kekuatan staf kini seramai 33 orang.

 

FUNGSI

Meningkatkan imej UniMAP melalui pencapaian sukan dan sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan di Perlis.

Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat kampus dan luar kampus.

Menyediakan prasarana yang baik dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Bertanggungjawab dalam mengurus serta mengelola segala aktiviti sukan dan rekreasi.

Meningkatkan prestasi sukan pelajar dan staf UniMAP ke prestasi tinggi.
Memperkenalkan UniMAP di mata masyarakat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

Unit Pengurusan Acara

Fungsi Unit :

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah Pusat Sukan
  • Merancang dan menyediakan kalendar program sukan tahunan.
  • Mengenal pasti dan penetapan program, permohonan peruntukan, pengelolaan acara, agihan perbelanjaan dan laporan program dan kewangan.
  • Menyediakan anggaran peruntukan tahunan untuk penganjuran program yang dibuat.
  • Pengurusan pengelolaan acara di peringkat universiti.
  • Menjalinkan hubungan luar seperti dengan Kementerian Belia & Sukan, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan-Sukan Negeri dalam menjalankan aktiviti.
  • Menyelia penganjuran program dan aktiviti oleh pihak luar yang menggunakan kemudah sukan UniMAP
  • Menyediakan laporan tahunan program atau aktiviti sukan universiti.
  • Menyediakan plan strategi untuk mendapatkan penajaan.
  • Mengadakan dan menjalankan program-program penajaan mengikut jenis-jenis sukan dan acara. 
  • Menyelia dan memberi khidmat nasihat kepada perlaksanaan program sukan oleh kelab atau persatuan sukan di kalangan pelajar dan staf.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Sukan.