Temp files

Pusat Sukan UniMAP

ABOUT US

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan sempurna ke arah kecemerlangan Pusat Sukan, UniMAP. Dengan itu, kami berjanji :

  1. Memproses dan meluluskan setiap permohonan penggunaan gelanggang dan pinjaman peralatan sukan dari pelajar dalam tempoh 1-2 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonanan lengkap ianya diterima.
  2. Memberi keputusan sewaan atau tempahan kemudahan sukan dari agensi – agensi luar dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) setelah menerima permohonan dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Sentiasa bersedia menyediakan kemudahan sukan yang selamat, selesa dan sempurna kepada pelajar.
  4. Menjawab dan menyelesaikan aduan kerosakkan kemudahan prasarana sukan dan peralatan sukan yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dan aduan umum dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) dari tarikh ianya diterima.
  5. Sentiasa bersedia membantu dalam aktiviti sukan, rekreasi dan riadah yang dianjurkan oleh IPTA khususnya, agensi – agensi luar dan pertubuhan – pertubuhan bukan kerajaan amnya.
  6. Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dan mengatasi kemusykilan pelajar dengan cepat, mesra adil dan saksama supaya dapat melahirkan pelajar yang berwawasan sukan.
  7. Menyokong usaha segala Universiti terhadap pembangunan sukan pelajar dan staf seterusnya membudayakan sukan di kalangan warga kampus secara keseluruhannya.