Temp files

Pusat Sukan UniMAP

FAST FACT EVENT

 

TAHNIAH TEAM STAF DAN PELAJAR UniMAP!! 

Makluman berkenaan penyertaan pelajar dan staf ke kejohanan-kejohanan jemputan dan terbuka sepanjang Februari 2019.

Berikut adalah kejohanan yang disertai dan pencapaian yang telah diperolehi:

  1. Pada 22-22 Februari 2019, seorang atlit olahraga pelajar iaitu Abqari Ajwad Bin Kamaruzzaman telah mewakili pasukan Pertubuhan Pembangunan Modal Insan Kaum India LMS menyertai Kejohanan Olahraga Perak Allcomers bertempat di Stadium Perak dan telah memperolehi tempat ke-5 bagi acara 1,500m lelaki dalam kejohanan tersebut.
  1. Pada 22 – 24 Februari 2019, Pasukan Silat Pelajar telah menyertai Kejohanan Silat Olahraga Perlis 2019 bertempat di Dewan MSN Perlis. Pesilat UniMAP telah memenangi 5 emas, 2 perak bagi kejohanan tersebut. Berikut adalah senarai pesilat yang memungut pingat :
  2. Pada 23 – 24 Februari 2019, Pasukan Tenis Staf dan Pelajar telah menghantar seramai 3 orang atlet pelajar dan 3 orang atlet staf menyertai Kejohanan Tenis Tertutup Perlis bertempat di Gelanggang Tenis Stadium Utama dan telah mengungguli kebanyakkan kategori yang dipertandingkan. 
  3. Pada 23 Februari 2019, Pasukan Karate Pelajar telah menghantar seramai 5 orang atlet menyertai Classic Northern Karate Championship 2019 bertempat Star Parade, Alor Setar.. Pasukan Karate UniMAP telah memenangi  1 emas dan 2 gangsa bagi kejohanan tersebut.